Monday, November 29, 2010

Iktibar Daripada Fisio

Salam selamat petang..

Alhamdulillah, paper Phisiology 1 dah lepas. Nak kata dapat jawab dengan cemerlang tak de la sangat kan. Tapi, insyaAllah, boleh lulus. Tak mau repeat! Harap-harap aku dan semua kawan-kawan aku terutamanya yang sama-sama kena cuci dengan Dr. Ib hari tu lulus. Amin...

Semalam lepas habis diskus-diskus dengan Wani, Dayah n Shima rasa macam banyak lagi yang tak tau. Nak kata tak baca, dah baca dah semua. Berulang-ulang. Lepas habis diskus2 tu diorang sambung baca lagi. Aku dah tak boleh nak baca sebab banyak sangat. Tak tau nak baca yang mana. Lepas tu hantar post kat Shafiqah (delete balik lepas tu..hehe). Cuak cuak cuak..rasa macam nal nangis je. Then, dia post kat aku something. Yang aku suka ayat ''do your best and let Allah do the rest''. Rasa macam ada air sejuk yang mengalir dalam hati aku ni. Hehe. Credits to Shafiqah. Kalau Allah nak izinkan, apa-apa pun boleh jadi. Yang penting, kita usaha semampu kita dan berserah pada Dia untuk tentukan ynag mana terbaik. Andai ditakdirkan aku kena repeat paper ni, tu pun yang terbaik Dia dah tentukan.Kena terima dengan hati terbuka. Ingat tu Mimi! Erk..tapi kalau boleh tak nak la kan.

Nak kata tak tau, memang dah tau. Tapi dalam saat-saat cemas, buntu, cuak, kenaling..langsung tak ingat apa-apa dah. That's what a friend should do. :) Give strength to each other. Wee~

Pagi tadi pulak dengar senandung al-Fatihah. Betul betul menusuk kalbu. Lagu ni boleh membuatkan lacrimal gland activate and air mata mengalir deras. Pada Allah kita meminta supaya ditunjukkan jalan yang yang lurus. Mengakui kebesaranNya yang memelihara seluruh alam raya. Tafsiran daripada surah al-Fatihah. Serta merta jiwa jadi tenang. Kaki pun elangkah dengan yakin. Wee~

Esok paper Statistik pulak. Tak bukak buku lagi ni. Hehe. 



YOU CAN DO IT MIMI!










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...