Friday, October 15, 2010

Kesempitan Itu Ujian

Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sesungguhnya Dia yang lebih tahu akan segala sesuatu yang terjadi di langit dan di bumi. Yang tersembunyi di sebalik sesuatu, segalanya di bawah penjagaanNya.

Kadang kala bila kita senang, kita alpa, kita lupa.
Kadang kala kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang melimpah.

Kesempitan. Itu yang aku rasakan di saat ini. Pastinya abah pun begitu, malahan lebih berat bebannya. Tapi abah tak tunjuk. Kan abah kan? Abah tak nak tunjuk yang abah tengah runsing. Mana nak cekau duit.

Ya Allah..kami diuji. Seminggu lepas beg duit abah hilang bersama duit RM 200. Alaa..200 je..
Bagi orang lain mungkin 200 tak bawa apa-apa makna. Tapi bagi kami, 200 tu memang  sangat-sangat perlu. Tiap-tiap bulan memang duit cukup-cukup untuk kegunaan sebulan. Jarang dapat simpan.

Dah la bulan ni abah kena bagi kat aku RM200 sebab duit aku pun dah habis. Kalau diikutkan hati memang tak nak mintak tapi nanti kau nak makan apa.. Kat situ dah hilang RM400 dalam bulan ni. Termasuk duit yang hilang. Tak termasuk lagi duit abah nak buat ic baru. RM200 untuk sebulan. Ya, memang aku kena jimat cermat. Mungkin orang lain fikir pelik bila tengok aku selalu makan maggi. Bukan aku nak, tapi nak buat mcm mana. Kena la jimat. RM200 tu untuk sebualn=RM50 seminggu. Ya Allah, ini ujian dariMu untuk menguji kekuatan dan kesyukuran kami kepadaMu. Kuatkan lah kami ya Allah.

Dan satu lagi yang merunsingkan aku, duit yuran yang tak bayar lagi. Ada lebih kurang RM2200! Dan minggu depan minggu terakhir untuk bayar. Paling paling pun aku kena bayar RM1700, kalau tak bayar tak boleh ambik exam. Aku tak bagi tau abah pun. Sebab aku tau abah memang tak ada duit. Kalau aku bagi tau mesti abah akan cari jugak duit dan itu yang aku tak nak. Cukuplah, aku tak nak susahkan abah.

Apa perlu aku buat? Setakat ni aku tak tau lagi tapi aku yakin, pasti ada jalan keluar. Tadi sahabat aku cakap nak buat surat ke Pejabat Bendahari. Aku pun akan buat begitu. Minta dikecualikan daripada arahan tersebut sehingga dapat duit JPA.

llah itu Maha Pemurah. Dia kurniakan kawan-kawan, sahabat-sahabat yang baik kepadaku. Sejak 3 hari lalu ada saja orang belanja aku makan tanpa aku minta. Zaty, Ku, Kak Da, Apih (belanja tambang LRT)..terima kasih ye! Lain kali belanja lagi..hihi

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku masih dapat menikmati makanan. Aku bersyukur. Alhamdulillah~

Sekian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...