Wednesday, September 8, 2010

First Post!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Salam perkenalan, salam ukhuwah.
Ini pertama kali hamba menceburkan diri dalam penulisan blog. Sebelum ni tulis diari je..hehe
Dengan harapan, segala apa yang tercoret di ruangan ini dapat dimanfaatkan bersama.

Journey~
Hidup kita merupaka suatu persinggahan, perjalanan menuju abadi iaitu alam akhirat yang kekal selama-lamanya. Di mana banyak perkara yang berlaku, sama ada suka, duka, pahit mahupun manis. Sungguh pantas dan tidak terduga.  Rentetan peristiwa itu pastinya manis jika dapa dikenang semula.

Oleh itu, mari kita kongsikan bersama apa yang baik, yang boleh dijadikan teladan di hari kemudian.

Journey~

Satu medan luahan hati yang tidak terluah di bibir. Hanya jari yang gagah menekan kekunci bagi menzahirkan segala yang tersimpan di sanubari.

Juga medan perkongsoian ilmu.

     ''Sampaikanlah ilmu walaupun sepatah..''

Ilmu yang sedikit kita kongsi bersama, insyaAllah.
Sesungguhnya hanya Dia yang lebih tahu atas segala sesuatu yang tersimpan di langit dan di bumi.

Boleh jadi juga medan melahirkan cetusan idea, medan selera (?), medan bicara, medan....macam-macam medan lagi la..hihi

So, the JOURNEY begin!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...