Thursday, September 16, 2010

Daaaa FB~

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah..baru saja selesai meng'deactivate'kan Facebook..pheww pheww~
Tapi tak tau la kan sampai bila. Erm..biarlah dulu. Rehat jap. Asyik mengadap benda tu je. Ish3..
I'll try my best untuk tak activate balik sampai la final exam nanti. InsyaAllah..:D

Facebook? Apa yang best sampai boleh berjam-jam menghadap skrin laptop? Aiyooo..masa pun berlalu begitu pantas. Huh. Kadang-kadang ada yang tak tidur malam sebab dok on9 FB. Lepas tu kat kelas pun layu. Matapun kuyu. Lecturer kat depan pun cakp dengan batu. Bila tak faham exam mula la merapu.
(oopss, terkena batang hidung sendiri..hukhuk)

Nak kata FB ni melalaikan, terpulang kepada individu. Bagi aku, sendiri mau ingat laa.. Takkan la nak on9 sampai tak ingat dunia cik akak, cik abang oi. Ni aku list kan antara keburukan dan kebaikan FB. Ringkas dan mudah bagi seorang pelajar macam aku.

Kebaikan?

- Boleh 'jumpa' balik kawan-kawan lama, sedara mara yang jauh-jauh yang tak pernah jumpa, makes new friends.
- Dapat eratkan lagi hubungan dengan kenalan yang sedia ada, bertanya khabar.
- Berkongsi maklumat, tazkirah, kata-kata hikmah DAN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT.
- Dapat meluahkan idea, cetusan rasa yang bernas.
- Dapat menyatakan sokongan, melalui group yang di'create'\\

Keburukan?

Keburukan ni kalau nak senaraikan banyak kot. Keburukan yang dapat kita tengok dari pelbagai aspek:

1) PRIVACY

- Bila kat FB, semua benda nak didedahkan. Mungkin atas dasar suka-suka tanpa sebarang niat, menunjuk-nunjuk, ataupun sekadar untuk berkongsi dengan teman-teman tentang kehidupan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Gambar, video, notes yang boleh di'tag'kan. Cuba tanya diri sendiri, betul kan?
Masalahnya cik akak, cik abang, adik-adik..bukan kita seorang je yang boleh tengok benda tu semua. Bila dah namanya dunia tanpa sempadan, SATU DUNIA tengok kita! Nak cakap pasali ni pun macam semua orang dah tau..

2) BAHASA KASAR

- Kalau ada rasa tak puas hati, semua nak letak kat status. Kutuk sana sini. Aduhai. Bahasa dan adat sopan hilang entah ke mana.Siap mencarut-carut lagi, merungut macam-macam. Seolah-olah tak bersyukur dengan anugerah Allah. Hurm..


 Adoi..nak tulis pun panjang lebar sebenarnya. Aku maleh nak taip. Pe kata kita tengok video ni.
Lepas tu, baca ni. Banyak lagi blog-blog yang bagus yang kita boleh baca. Tapi dah tak ingat laaa..

Rasanya cukup la kot video ni bagi kesedaran terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Please, beware! Kalau boleh tak payah la tunjukkan muka anda yang cun melecun tu (biasanya gambar muka yang besar-besar) lepas tu pegi tag orang lain. Lepas ru orang pun puji la, 'lawanya', 'perghh..tergugat','amboi, comeynya' dan macam-macam lagi la. Terutamanya comment daripada si buaya-buaya. Aishh..kadang-kadang nak muntah baca comment-comment diorang tu. Lepas tu boleh pulak si gadis jawab; 'eh, cantik ke', 'mana ada cntik, biasa je'.. Aduh, untuk apakah diletak gambar anda itu yang kebanyakannya mendedahkan aurat!

Bagi aku sendiri, aku buat FB sekitar dua tahun yang lalu..,before masuk asasi la.. Itupun sebab kawan sekolah yang beria-ia suruh. Aku ni mana la tau pasal MySpace la, apela..Frindster pun aku pernah buat tapi takde la aktif pun. Tak best pun aku rasa, Haha.Pastu aku pun create la satu akaun.

Memang penangan FB ni sahsyat betul. Aku akui la memang kalau dah on tu memang payah nak off balik. Tambah-tambah lagi bila ramai kawan-kawan yang on9 pada masa tu. Tapi, masa aku jadi class representative (klasrep je aku panggil) aku guna FB untuk buat announcement, tanya pendapat classmate2 aku.. Kadang-kadang aku lepaskan geram aku kat diorang yang banyak songeh tu kat status, Hehe. Tapi aku sayang diorang. Hee. Group M terbaikkkkk! (Tetiba je aku ni..haha)

Lepas tu masa cuti, nak kata setiap masa la FB aku on. Duduk rumah tak ada kerja. Erk..banyak kerja sebenarnya. Hehe. Tapi sambil-sambil on9 la. Hee. Kalau tak on sehari rasa macam sunyi sepi je. Haha.
Tapi lama-lama....huh, bosan! Asyik-asyik buat benda yang sama. Yang on9pun orang yang sama. Melainkan ada benda yang di diskus dengan orang, macam nak tanya bila result keluar, result korang berapa, dapat u mana, course apa.. Haa..baru best, ada topik. Kalau tak merepek-repek je.

Kadang-kadang rasa bosan jugak, sedar yang masa terbazir macam tu je. Tapi tu la manusia.
Aku deactivate FB ni pun sebab nak kawal diri aku. Heh. Tengoklah sampai bila. Sampai final exam? Hihi..
Tapi sekarang aku dah privatekan semua gambar. Orang lain tak boleh tengok. Nak delete satu persatu tak sempat dan maleh..hee..:D nanti la, kalau free..( bila masa la aku nak free..huhu)

Sehingga kita bertemu lagi, wassalam..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...