Tuesday, September 28, 2010

Lagu: Muhasabah Cinta

a great an meaningful song from Edcoustic :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, September 16, 2010

Daaaa FB~

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah..baru saja selesai meng'deactivate'kan Facebook..pheww pheww~
Tapi tak tau la kan sampai bila. Erm..biarlah dulu. Rehat jap. Asyik mengadap benda tu je. Ish3..
I'll try my best untuk tak activate balik sampai la final exam nanti. InsyaAllah..:D

Facebook? Apa yang best sampai boleh berjam-jam menghadap skrin laptop? Aiyooo..masa pun berlalu begitu pantas. Huh. Kadang-kadang ada yang tak tidur malam sebab dok on9 FB. Lepas tu kat kelas pun layu. Matapun kuyu. Lecturer kat depan pun cakp dengan batu. Bila tak faham exam mula la merapu.
(oopss, terkena batang hidung sendiri..hukhuk)

Nak kata FB ni melalaikan, terpulang kepada individu. Bagi aku, sendiri mau ingat laa.. Takkan la nak on9 sampai tak ingat dunia cik akak, cik abang oi. Ni aku list kan antara keburukan dan kebaikan FB. Ringkas dan mudah bagi seorang pelajar macam aku.

Kebaikan?

- Boleh 'jumpa' balik kawan-kawan lama, sedara mara yang jauh-jauh yang tak pernah jumpa, makes new friends.
- Dapat eratkan lagi hubungan dengan kenalan yang sedia ada, bertanya khabar.
- Berkongsi maklumat, tazkirah, kata-kata hikmah DAN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT.
- Dapat meluahkan idea, cetusan rasa yang bernas.
- Dapat menyatakan sokongan, melalui group yang di'create'\\

Keburukan?

Keburukan ni kalau nak senaraikan banyak kot. Keburukan yang dapat kita tengok dari pelbagai aspek:

1) PRIVACY

- Bila kat FB, semua benda nak didedahkan. Mungkin atas dasar suka-suka tanpa sebarang niat, menunjuk-nunjuk, ataupun sekadar untuk berkongsi dengan teman-teman tentang kehidupan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Gambar, video, notes yang boleh di'tag'kan. Cuba tanya diri sendiri, betul kan?
Masalahnya cik akak, cik abang, adik-adik..bukan kita seorang je yang boleh tengok benda tu semua. Bila dah namanya dunia tanpa sempadan, SATU DUNIA tengok kita! Nak cakap pasali ni pun macam semua orang dah tau..

2) BAHASA KASAR

- Kalau ada rasa tak puas hati, semua nak letak kat status. Kutuk sana sini. Aduhai. Bahasa dan adat sopan hilang entah ke mana.Siap mencarut-carut lagi, merungut macam-macam. Seolah-olah tak bersyukur dengan anugerah Allah. Hurm..


 Adoi..nak tulis pun panjang lebar sebenarnya. Aku maleh nak taip. Pe kata kita tengok video ni.
Lepas tu, baca ni. Banyak lagi blog-blog yang bagus yang kita boleh baca. Tapi dah tak ingat laaa..

Rasanya cukup la kot video ni bagi kesedaran terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Please, beware! Kalau boleh tak payah la tunjukkan muka anda yang cun melecun tu (biasanya gambar muka yang besar-besar) lepas tu pegi tag orang lain. Lepas ru orang pun puji la, 'lawanya', 'perghh..tergugat','amboi, comeynya' dan macam-macam lagi la. Terutamanya comment daripada si buaya-buaya. Aishh..kadang-kadang nak muntah baca comment-comment diorang tu. Lepas tu boleh pulak si gadis jawab; 'eh, cantik ke', 'mana ada cntik, biasa je'.. Aduh, untuk apakah diletak gambar anda itu yang kebanyakannya mendedahkan aurat!

Bagi aku sendiri, aku buat FB sekitar dua tahun yang lalu..,before masuk asasi la.. Itupun sebab kawan sekolah yang beria-ia suruh. Aku ni mana la tau pasal MySpace la, apela..Frindster pun aku pernah buat tapi takde la aktif pun. Tak best pun aku rasa, Haha.Pastu aku pun create la satu akaun.

Memang penangan FB ni sahsyat betul. Aku akui la memang kalau dah on tu memang payah nak off balik. Tambah-tambah lagi bila ramai kawan-kawan yang on9 pada masa tu. Tapi, masa aku jadi class representative (klasrep je aku panggil) aku guna FB untuk buat announcement, tanya pendapat classmate2 aku.. Kadang-kadang aku lepaskan geram aku kat diorang yang banyak songeh tu kat status, Hehe. Tapi aku sayang diorang. Hee. Group M terbaikkkkk! (Tetiba je aku ni..haha)

Lepas tu masa cuti, nak kata setiap masa la FB aku on. Duduk rumah tak ada kerja. Erk..banyak kerja sebenarnya. Hehe. Tapi sambil-sambil on9 la. Hee. Kalau tak on sehari rasa macam sunyi sepi je. Haha.
Tapi lama-lama....huh, bosan! Asyik-asyik buat benda yang sama. Yang on9pun orang yang sama. Melainkan ada benda yang di diskus dengan orang, macam nak tanya bila result keluar, result korang berapa, dapat u mana, course apa.. Haa..baru best, ada topik. Kalau tak merepek-repek je.

Kadang-kadang rasa bosan jugak, sedar yang masa terbazir macam tu je. Tapi tu la manusia.
Aku deactivate FB ni pun sebab nak kawal diri aku. Heh. Tengoklah sampai bila. Sampai final exam? Hihi..
Tapi sekarang aku dah privatekan semua gambar. Orang lain tak boleh tengok. Nak delete satu persatu tak sempat dan maleh..hee..:D nanti la, kalau free..( bila masa la aku nak free..huhu)

Sehingga kita bertemu lagi, wassalam..

Tuesday, September 14, 2010

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Sumber: ILUVISLAM

p/s: Nak cakap pasal jodoh  ni memang tak habis-habis. But just make it simple, bak kata kawan rapat saya suatu ketika dahulu..jadilah solehah jangan sibuk menjadi yang soleh.

Monday, September 13, 2010

Panjut

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dah masuk raya ke-5 dan lepas ni nak beraya rumah kawan-kwan pulak. Tapi before pergi raya, nak post pasal PANJUT.

Pernah dengar tak panjut? hahaha..ada orang tak pernah dengar. Musim-musim raya ni ramai kawan tukar nama kat FB.. nama kuih la, mercun la,, macam-macam. Kadang-kadang nak tergelak rasa. Pastu ada la seorang ni letak nama UmmiNajlaa PasangPanjut. (tak boleh blah..haha)

Pastu ada la sorang mamat ni tanya panjut tu apa..hahaha.
Nak tergelak guling-guling dah..
Panjut ni sedbenarnya sama je macam pelita.. Cuma ikut negeri la panggil apa. Biasanya panjut ni banyak kat Kuala Kangsar. Patut la kawan aku tu tak tau, dia orang Kelantan.HAHA

Dia tanya kat aku panjut ni apa. Aku cakap la dulu masa kecik-kecik atok aku buat panjut pakai tempurung kelapa. Maam mana tah, dia susun tempurung and then letak sumb kat tengah-tengah. Ingat-ingta lupa la sebab  masa tu kecik sangat.hehe. Istimewanya panjut ni dibuat sekitar 10 malam terakhir Ramadhan. Untuk malam tujuh likur. panjut=pelita..macam-macam jenis pelita ada. Ada yang dalam buluh tu, yang panjang-panjang tu. hee..tak tau macam mana nak describe. Pergila google gambar dia sendiri..ngee~

Sekarang ni panjut semua dah moden. Tak payah letak minya tanah pun, pakai elektrik je. Tak best. Tak ada feel. Lagipun sekarang dah tak balik Batu Kurau. Dh berapa tahun tak balik sana dan tak mungkin dapat balik lagi. Masa nak pegi rumah mak teh kat Jelai lalu la Batu Kurau. Sayu je tengok rumah tu, orang dah renovate. P;okok-pokok kat tepi tu tempat aku main masa kecik-kecik semua dah kena tebang. Alahai sayangnya.. Telaga tempat aku main air, buang air n segalanya pun dah tak ada. Hurmm...rindu zaman kanak-kanak.Hehe

OK la, dah terkeluar tajuk dah ni. Nak bersiap pegi raya. Yeay..

Sekian ..

Wednesday, September 8, 2010

First Post!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Salam perkenalan, salam ukhuwah.
Ini pertama kali hamba menceburkan diri dalam penulisan blog. Sebelum ni tulis diari je..hehe
Dengan harapan, segala apa yang tercoret di ruangan ini dapat dimanfaatkan bersama.

Journey~
Hidup kita merupaka suatu persinggahan, perjalanan menuju abadi iaitu alam akhirat yang kekal selama-lamanya. Di mana banyak perkara yang berlaku, sama ada suka, duka, pahit mahupun manis. Sungguh pantas dan tidak terduga.  Rentetan peristiwa itu pastinya manis jika dapa dikenang semula.

Oleh itu, mari kita kongsikan bersama apa yang baik, yang boleh dijadikan teladan di hari kemudian.

Journey~

Satu medan luahan hati yang tidak terluah di bibir. Hanya jari yang gagah menekan kekunci bagi menzahirkan segala yang tersimpan di sanubari.

Juga medan perkongsoian ilmu.

     ''Sampaikanlah ilmu walaupun sepatah..''

Ilmu yang sedikit kita kongsi bersama, insyaAllah.
Sesungguhnya hanya Dia yang lebih tahu atas segala sesuatu yang tersimpan di langit dan di bumi.

Boleh jadi juga medan melahirkan cetusan idea, medan selera (?), medan bicara, medan....macam-macam medan lagi la..hihi

So, the JOURNEY begin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...