Thursday, January 10, 2019
3.27 pagi
Bila tak boleh tidur, mula la idea datang mencurah-curah. Tangan gatal nak menulis. Pastu duk baca belog sendiri. Haha. Best jugak bila dapat baca semula post lama-lama tu. Ngee
Takde apa pun nak tulis ni. Cuma monolog dalaman.
Kalau sempat nanti nak tulis pasal "Who I am if I am not a pharmacist?"
K daa.
Esok lusa ni busy sikit. Fuhh
Saturday, December 22, 2018
My CBT Session with CP
Tuesday, October 9, 2018
Sakit Mental? Jangan Malu
Bulan April dah jadi macam bulan yang significant for me.
April 2017, resign daripada kerja kat Batu Pahat dan balik KL semula. Gila kot lepaskan kerja gaji dekat 4 ribu dan balik KL dengan masa depan yang tak tau lagi macam mana.
Malas nak cerita aku kerja apa. Yang aku tau masa tu aku rasa bodoh dan useless gila. Tambah lagi ada satu peristiwa pasal tersalah jadual oncall yang buatkan pegawai dan kawan-kawan marah kat aku. Masa tu aku kat Ampang, terbaring sepanjang hari dan tak mampu nak berfikir.
Dua minggu keluar masuk wad kat hospital tu, rasa aku pun sama sakit dengan patient yang terbaring tu. I am not able to concentrate and fail to manage all the information in front of me. Sambil clerk case aku boleh nangis. Balik rumah sewa pun tak mampu mengurangkan rasa tu. Bila waktu weekend, cuma mampu terbaring dan menangis sepanjang hari. What a life..
Thats the main reason kenapa aku resign. Macam aku tak layak kerja ni dan aku rasa macam nak gila amsa tu. Mujurlah aku ada tempat untuk aku berkongsi dan bantu aku supaya tak buat keputusan melulu. Masa ni ada fikir nak check sama ada aku ni gila ke apa tapi aku cepat-cepat padamkan kemungkinan tu sebab aku rasa aku ni stress biasa je.
Nak dipendekkan cerita, aku pun balik semula ke KL dan berimpian untuk sambung semula cita-cita aku cuma bertukar arah sikit la. Daripada kerja kat hospital, aku pilih untuk masuk community.
Everything nampak ok sampai la masa masuk bulan April 2018, the time when all the symptoms berulang kembali malah berpanjangan sampai la masuk ke bulan 6 dan 7. Seriusly rasa bulan Ramadhan tahun ni rasa loser gila sebab semua tunggang terbalik. Semuanya start dengan benda-benda kecik je. Motor rosak antaranya. Benda yang aku patut boleh handle je. tapi aku rasa sangat terbeban dengan benda tu. Banyak la lagi benda. Sampai tahap aku benci kawan0kawan serumah yang selama ni aku sayang, rasa nak marah customer, rasa taknak buat apa-apa, rasa penat setiap kali bangun tidur, menangis macam orang gila sampai sesak nafas, rasa give up, tak bercakap dengan housemate, dan akhirnya sampai aku tinggalkan rumah sewa, leave group dan rasa macam nak mati je! Ada masa aku nak masak aku pegang pisau dan datang thought macam mana kalau aku kelar tangan. Masa tu aku dah letak pisau atas pergelangan tangan dah. Tapi nasib masih ada iman dalam dada yang sekelumit tu untuk selamatkan aku.
Nasib baik aku tak sampai tahap harm diri aku sendiri. Masa tu aku mula sedar aku perlukan pertolongan. Aku tak macam tu. That is not me. The thing is, mana nak pergi untuk dapatkan bantuan? Ada ke orang nak tolong sebab aku sihat walafiat je dari luaran?
Aku ada luahkan kat kawan sorang ni dan tanya dia macam mana nak dapatkan rawatan sebab dia pernah bawa orang jumpa doktor. Dia masukkan aku ke dalam satu group ni. Terima kasih kat admin group tu sebab tolong aku, bagi keyakinan yang apa yang aku hadapi ni adalah simptom kepada penyakit mental dan aku tak keseorangan. So aku buat keputusan nak pergi ke Klinik Kesihatan.
Masa kali pertama aku pergi tu, aku cuma sampai kat pagar klinik je. Sebab aku panik dan terus terduduk dan menangis, sesak nafas. Setengah jam jugak aku duduk kat luar klinik nak pertimbangkan sama ada nak masuk ke tak. Kalau nak masuk nak cakap apa kat doktor? Takkan nak cakap aku dah taknak hidup?
Bila aku rasa makin lama aku duduk situ nanti orang tengok aku gila sebab menangis sorang-sorang baik aku balik. Aku pun naik teksi dan balik rumah. Dalam teksi, pakcik tu tanya adik ni ada asma ke? Heh. Masa ni tak belajar teknik relaxation lagi. Huu
Sebenarnya, aku dihalang oleh stigma diri aku sendiri yang rasa malu nak jumpa doktor, takut orang cop kita gila, lemah iman, tak mampu kawal emosi dan sebagainya. Banyak sangat fikir.
Last sekali aku bincang dengan mak usrah dan kakak serumah aku dan decide untuk pergi klinik bersama. Kebetulan masa yang aku nak pergi KK tu aku kena gastrik. Herm.
Bersambung...
Thursday, April 21, 2016
Masa Depan
Tuesday, May 19, 2015
Ingin Kembali
Lama penaku tidak menari
Seperti kuhilang sebahagian diri
Izinkan aku
Mencuri sisa waktu
Menyulam kembali
Bicara dari hati
Kepada bahasa manusiawi
Demi ummah ini
#JihadPena
Monday, February 16, 2015
Mohon Qowiy Sikit
Kadang terlunjur aku melepas lelah
Mencongak bagaimana bisa aku langsaikan semua
Tuntas menunaikan apa yang digalas
Allahurobbi
Bagaimana manusia ini bisa mengeluh
Tidakkah dia mengambil ibrah daripada nabi-nabiMu terdahulu?
Ayub yang sabar dengan ujian sakit
Yusuf yang sabar diduga oleh keluarga sendiri
Ibrahim yang terpaksa mengorbankan perasaan sendiri demi tuntutan Ilahi
Muhammad yang tahan dihina dicaci
Allahurobbi
Di pekat malam ini bangkitlah para daie
Ya ayyuhal muzammil
Ya ayyuhal mudassir
Infiru
Berangkatlah
Bersiap siagalah!
Monday, February 2, 2015
Hidup untuk Hidup
Jangan pelik kalau tiba-tiba ada yang tanya, "kenapa kita hidup?"
Senang je jawapannya.
Hidup untuk hidup!
hidup di dunia untuk hidup di akhirat
hidup yang singkat untuk hidup yang abadi
hidup penuh ujian untuk hidup dapat balasan
Hiduplah kita di dunia ini sebelum kita hidup semula di akhirat nanti
Ganjaran
Kalau kau seorang designer kau akan tahu macam mana keadaannya bila takde ilham dan kau tengah kejar dateline. *ayat kena bajet profesional.heh*
Sabtu lepas, sebelum balik kerja:
"Nampak tak apa yang lain?" bos aku tanya.
Aku bukak mata besar sikit. Huh! Gaji naik? Alhamdulillah.
Pandang bawah sikit, insentif?
"Haa. Yang tu hadiah sebab buatkan poster hari tu."
Woah. First time dapat upah buat poster! *mata bersinar*
Naaa. Ni upah dunia. Ramai ikhwah dan akhawat kat luar tu yang aku percaya bersengkang mata buat poster itu dan poster ini. Mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh pasti beroleh ganjaran yang lebih besar daripada yang aku dapat. Ganjaran dari Allah pulak tu. :')
Teringat hadis logam.
Wednesday, January 28, 2015
Jejak
Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang
Kami adalah tentera Allah
Kroh kroooh..
Siap melangkah menuju ke medan juang
Kroohhh krooohhh..
Ohoi. Bangun la!
Tuesday, January 27, 2015
Untitled
Ternyata Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya
Jika kau pinta yang ini, dan kau dapat yang itu maka itulah yang terbaik untukmu
Allah..
aku pinta kau ampunkan dosaku
tapi kau tambah lagi beban dakwah yang perlu dipikul
nak menolak aku tak mampu
nak menerima aku malu
Malu kerana mengenang dosa-dosaku
Apakah layak aku memikul amanah ini?
Maka Allah hantarkan seseorang padaku
Katanya..
Allah sedang beri peluang lagi untuk kita bertaubat
Kerana kita membawa risalah Rasul untuk ummat
Maka bersyukurlah kerana inilah nikmat
Nikmat berada di jalan dakwah dan tarbiyah
Kini aku mengerti
Dan aku syukuri
Dan aku sertai
Dengan azam di hati
Moga Allah terima amalan hamba ini